Saturday, April 24, 2010

SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH.

SEGALA PUJI BAGI MU YA ALLAH,

Aku hanyalah hamba mu yang lemah, setiap masa aku memerlukan pertolongan mu. Ternyata janji mu agar sentiasa rapat disamping aku tidak pernah kau mungkiri, acap kali kau membantu ku di saat aku amat memerlukan pertolongan. Kau datangkan bantuan mu dalam segala macam keadaan dan melalui hamba2 mu yang engkau inginkan.

Hari ini sekali lagi bantuan mu sampai, aku amat bersyukur pada mu Ya Allah. Alhamdulillah, di tengah-tengah kekusutan dan kesesakan orang yang ramai di Danga Bay kau masih sempat untuk melihat dan mendengar doa hamba mu yang kerdil ini. Walaupun pada mata orang lain peristiwa ini dianggap remeh ataupun hanya kerana aku bernasib baik tetapi pada ku ini semua rahmat dan bantuan daripada mu Ya Allah.

Sedang aku dan rakan ku Farah dalam kekusutan tertinjau-tinjau mencari teksi yang tidak kelihatan dari tadi, tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berumur dalam lingkungan awal 40'an. Beliau mengajak kami berdua menaiki kereta Waja kepunyaannya. Pada mulanya, kami berdua agak ragu-ragu dan curiga dengan pelawakan lelaki tersebut namun setelah dipujuk beberapa kali dan kerena hari sudah senja kami berdua terus masuk kedalam kereta lelaki ajnabi tersebut. Perasaan kami berdua yang takut berbaur curiga hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, kecurigaan kami meleset kerana ternyata lelaki tersebut adalah seorang lelaki yang baik. Beliau adalah seorang doktor, Dr. Razali nama nya. Lelaki yang lucu dan senang untuk dikenali. Beliau memang seorang lelaki yang bertanggungjawab, walaupun aku tahu hati budi seseorang itu sukar untuk dinilai walau selama mana dia telah kita kenali tetapi itulah tanggapan pertama aku terhadap beliau.

Apa-apa pun aku berasa amat bersyukur kerana walaupun doa ku itu hanyalah percakapan yang bersahaja, tetapi Allah masih mendengar dan memakbulkan nya. Alhamdulillah...

Oleh itu, aku menyeru kepada sekalian umat Islam agar sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun doa itu kelihatan agak lucu atau tidak penting pada mata orang lain, namun percayalah Allah sentiasa mendengar doa hamba-hamba Nya yang soleh serta yang sedang dalam kesulitan.

Subhanallah, terima kasih Ya Allah.

1 comment:

Ticer Saz said...

nate, dis is amy... feel free to follow my blog :) kellyloisle10.blogspot.com / sutera-batik-terengganu.blogspot.com

mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.