Tuesday, July 28, 2009

Kadang-kadang...

Kadang-kadang aku terasa dunia ini sangsi,
apa yang aku impi amat sukar untuk ku miliki,
kadang-kadang ku terasa sudah sampai panggilan illahi,
bagai bergetar tubuh ku takutkan mati,
Kadang-kadang aku leka,
hidup di dunia bersuka-suka,
kadang-kadang ku terasa dunia amat indah,
pabila aku hanyut lupakan DIA,
kadang-kadang ku terasa hina,
hina menjadi manusia yang tidak punya apa,
kadang-kadang ku terfikir bolehkah aku jadi penghuni syurga,
sedangkan segala ibadah ku entah kemana,
kadang-kadang aku terfikir adakah aku layak,
layak untuk menghuni syurgaNya atau lebih layak ke neraka,
Ini semua persoalan yang kadang-kadang aku fikirkan,
sedangkan hidupku makin singkat,
mungkin dalam alpa aku akan diangkat,
diangkat bertemu tuhan,
Tuhanku Ya ALLAH.

Adakah aku layak bertemu denganNya?
Adakah aku layak menghuni syurgaNya?
Adakah masa aku di dunia terlalu singkat?
Adakah taubat ku akan diterima tuhan?

Sila muhasabah diri kita semua, moga dengan itu kita tidak akan lupa yang dunia ini hanya sementara. Disana saja kita akan setia buat selama-lamanya.

Kelas ada, pensyarah Tak ada...Apa kes?



Hai apa nak jadi la ni, pergi kelas tapi buat bodoh je. Tak lah buat bodoh sepanjang kelas tu, ada la juga aku buat kerja assignment aku sikit-sikit. But basically, I stay online all the time, update my facebook and all. It's bonus time for us I guess. Tapi rasanya tak elok juga camni, buang masa. Hish, hish, hish... Tak boleh buat camni selalu, sekali-sekala boleh kot. Anyway, nak sambung kerja ni nanti aku tulis lagi apa perkembangan selanjut nya kitorang kat kelas ni. Kalau ada apa-apa perkembangan la, tapi aku tengok tak kembang-kembang pun kuncup je adalah.


mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.