Friday, August 7, 2009

Tutorial?

"Wei, tutorial pukul berapa ni? Cakap la betul-betul, confuse aku la." Kataku mahukan kepastian.

"Tak boleh ke wat terus pagi ni, petang aku nak balik la." Syaza pula mengatakan hajat.

"Yela, aku pun nak balik. Boleh tak Syue?" Hafiz bertanya.

"Syue pukul berapa sebenarnya? 2.45 ke 2.30 petang?" Aku bertanya lagi pabila makin banyak mulut yang berkatakan pandangan. Suara kami semua bagai bergema membingitkan suasana, menjadikan Syue kebingungan mendengarnya.

"A quarter pass three." Syue berkata selamba tapi penuh amarah.

"Ha!" Terdengar kuat rakan-rakan ku yang lain bersuara serentak mendengar kata-kata Syue, ye la tadi kata pukul dua lepas tu pukul tiga pulak mana satu la ni. Aku memegang leher Syue bagai Drakula yang mahu menggigit mangsanya, dengan pantas Syue berlalu pergi.

"Tak tau la aku pukul berapa, kau tanya la orang lain kalau aku cakap nanti salah pulak." Syue berlalu pergi tanpa menoleh semula, meninggalkan aku dan rakan-rakan ku terpinga-pinga.

"Ha, tu la korang ni. Tengok tu Syue dah marah, dah dia kata pukul 2.45 tadi, betul la tu. Stress si Syue tu dibuatnya." Eleena berkata perlahan menyatakan ketidakpuasan hatinya, membuatkan yang lain terdiam.

Hati aku dirundum rasa bersalah, sebab aku Syue terasa hati. Maafkan aku, aku tahu tugas sebagai seorang penolong ketua kelas bukan la mudah. Walaupun kedengaran simple tapi tugas tu penuh dengan kerja remeh-temeh yang kadang-kadang membuakkan amarah. Mana tak nya kalau dah kena buat balik kerja yang sama sampai dua tiga kali, pening kepala dibuatnya. Kalau aku la diberikan tugas tu mau pensan aku. Yela kena puaskan hati semua orang, lagi-lagi kalau kena layan kerenah budak macam aku ni. Tak reti bahasa, cakap sekali tak nak dengar nak kena cakap sampai berpuluh kali baru aku nak faham. Hai, Nadiah, Nadiah. Apa nak jadi la dengan aku ni, anyway aku harap aku akan dimaafkan dan masalah kecil ini tidak akan berulang serta tidak akan merenggangkan persahabatan kami semua. Aku akan cuba berubah untuk jadi seorang yang kurang bercakap, dalam islam pun menggalakkan umatnya untuk tidak banyak bercakap tetapi penuhi hidup dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. Wassalam.

mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.