Monday, January 5, 2009

Tought vs Nerd

ctnadiah

12.00 tengah malam,

30 Ogos 2010.

            “Ah…” Auni mengerang kesakitan. Hirisan pisau yang membelah bahagian perutnya amat memeritkan,ia tersungkur jatuh. Badannya yang tangkas menangkis segala pukulan lawannya tadi tidak lagi dapat menahan. Kesakitan hirisan pisau dan pukulan yang bertubi-tubi tidak lagi terdaya olehnya. Nafasnya tercungap-cungap pabila perutnya dipijak-pijak, dirinya diperlakukan bagai anak patung yang tidak bernyawa. Senyuman Greig menunjukkan kepuasan, girang hati melihat musuh ketatnya rebah.

            “Auni! Lepaskan dia. Let her go, stop it!...” Eric meronta-ronta mahu melepaskan diri, tidak sanggup melihat rakannya diperlakukan sebegitu, bagai haiwan. Tiada perikemanusiaan langsung. Amarahnya makin membuak mendengar ketawa Greig kuat, seronok seperti sedang menyaksikan wayang kesukaannya. Muka Greig direnung dalam, tersirat dendam dilubuk hatinya.

            “Enough!... You guys done enough damage, let me end this.” Senyuman Greig masih berbaur. Tangannya menarik keluar sepucuk pistol dari sarung di pinggangnya. Segera dihala tepat ke muka Auni yang sudah terbaring lemah.

            “No!…No!…” Jerit Eric, sedaya upaya ia cuba bangun. Tetapi kakinya cepat disadung oleh pengawal Greig. Eric jatuh tersembam ke lantai, dia tidak berdaya dengan tangannya berikat. Lantas dengan kuncu-kuncu Greig mula menghempab, mengunci setiap pergerakannya.

            “Hahaha… You can’t do anything now.” Pistol dihala semula ke arah Auni, tepat didahinya. Auni sudah seperti nyawa-nyawa ikan, penglihatannya mula kabur. Badannya sakit disetiap inci, bergerak menyakitkan. Mulutnya berbekas darah, ia hanya dapat merasakan laras pistol rapat didahi.

            “I always win.” Bisikan Greig jelas kedengaran ditelinganya sebelum dentuman kuat pula yang berganti. Bang…

*                                                                   *                                                        *                                                                *                            

            “Auni!... Auni!... Auni!...” Bergema satu suara yang aku amat kenali tetapi bayangan empunya suara masih tidak kelihatan. Dimana aku? Apakah tempat ini? Dari mana datangnya suara itu? Berbagai pertanyaan bermain di pemikiran ku. Aku dikelilingi cahaya putih yang aku sendiri tak tahu sumbernya. Ku cuba ikuti suara itu, jauh, jauh aku berjalan.

            “Ibu! Ibu ke tu?” Aku mendakap ibuku penuh makna, tidak semena-mena mataku berair. Kesedihan yang aku sendiri tidak tahu mengapa.

            “Auni, Auni kena kuat. Auni tak boleh mengalah. Ibu perlukan Auni, semua orang perlukan Auni. Auni tak boleh pergi lagi.” Wajah ibu ku tenung dengan penuh tanda tanya.

            “Apa maksud ibu? Auni nak pergi mana ibu? Auni takkan pergi mana-mana? Apa ibu cakap ni?” Rambutku diusap lembut, hanya senyuman menjadi balasan ibu.

            “Auni takkan pergi mana-mana, Auni akan sentiasa bersama ibu. Auni kan dah janji nak jaga ibu.” Ku renung dalam-dalam mata ibu, senyuman ibu ku balas. Tetapi air mataku makin mengalir deras. Kenapa dengan aku ni? Apa yang dikatakan ibu? Kenapa ibu sedih sangat? Kenapa AKU sedih sangat? Ku dibawa berjalan, jauh, jauh berjalan dikeliling cahaya putih. Jalan tanpa penghujung. Sambil itu, ibu mula membuka bicara. 

            “Auni nak tahu, masa ibu tengah mengandungkan Auni. Ayah, susah payah cari nama untuk Auni. Macam-macam nama dia bagi, Minah la, Sabariah la, Zaiton la. Erm…” Ibu menggeleng pabila memori lama mendatang. Aku hanya tertawa kecil.

            “Sampaikan dia beli buku nama-nama bayi, siang malam dia mencari. Asyik-asyik berkepit dengan buku tu, katanya nama anak tu penting. Dia mahukan nama yang terbaik untuk anak pertamanya. Walaupun puas dia mencari, sudahnya nama orang lama-lama juga yang dia berkenan. Akhirnya satu hari, ayah datang dekat ibu. Dia peluk ibu, dia cium ibu, dia bisik dekat telinga ibu, Auni…”    

3 comments:

NURUL AINI BAKAR said...

wei apsal cite terus kat klimaks ni? pemulanya mana sayang?

Anonymous said...

apsal citer dia cm ni adik???
akak suka baca tapi cm tergantung je

ctnadiah said...

Memang la tergantug kak, tak habis tulis lagi...

mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.