Showing posts with label makanan hati. Show all posts
Showing posts with label makanan hati. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH.

SEGALA PUJI BAGI MU YA ALLAH,

Aku hanyalah hamba mu yang lemah, setiap masa aku memerlukan pertolongan mu. Ternyata janji mu agar sentiasa rapat disamping aku tidak pernah kau mungkiri, acap kali kau membantu ku di saat aku amat memerlukan pertolongan. Kau datangkan bantuan mu dalam segala macam keadaan dan melalui hamba2 mu yang engkau inginkan.

Hari ini sekali lagi bantuan mu sampai, aku amat bersyukur pada mu Ya Allah. Alhamdulillah, di tengah-tengah kekusutan dan kesesakan orang yang ramai di Danga Bay kau masih sempat untuk melihat dan mendengar doa hamba mu yang kerdil ini. Walaupun pada mata orang lain peristiwa ini dianggap remeh ataupun hanya kerana aku bernasib baik tetapi pada ku ini semua rahmat dan bantuan daripada mu Ya Allah.

Sedang aku dan rakan ku Farah dalam kekusutan tertinjau-tinjau mencari teksi yang tidak kelihatan dari tadi, tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berumur dalam lingkungan awal 40'an. Beliau mengajak kami berdua menaiki kereta Waja kepunyaannya. Pada mulanya, kami berdua agak ragu-ragu dan curiga dengan pelawakan lelaki tersebut namun setelah dipujuk beberapa kali dan kerena hari sudah senja kami berdua terus masuk kedalam kereta lelaki ajnabi tersebut. Perasaan kami berdua yang takut berbaur curiga hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, kecurigaan kami meleset kerana ternyata lelaki tersebut adalah seorang lelaki yang baik. Beliau adalah seorang doktor, Dr. Razali nama nya. Lelaki yang lucu dan senang untuk dikenali. Beliau memang seorang lelaki yang bertanggungjawab, walaupun aku tahu hati budi seseorang itu sukar untuk dinilai walau selama mana dia telah kita kenali tetapi itulah tanggapan pertama aku terhadap beliau.

Apa-apa pun aku berasa amat bersyukur kerana walaupun doa ku itu hanyalah percakapan yang bersahaja, tetapi Allah masih mendengar dan memakbulkan nya. Alhamdulillah...

Oleh itu, aku menyeru kepada sekalian umat Islam agar sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun doa itu kelihatan agak lucu atau tidak penting pada mata orang lain, namun percayalah Allah sentiasa mendengar doa hamba-hamba Nya yang soleh serta yang sedang dalam kesulitan.

Subhanallah, terima kasih Ya Allah.

Tuesday, July 28, 2009

Kadang-kadang...

Kadang-kadang aku terasa dunia ini sangsi,
apa yang aku impi amat sukar untuk ku miliki,
kadang-kadang ku terasa sudah sampai panggilan illahi,
bagai bergetar tubuh ku takutkan mati,
Kadang-kadang aku leka,
hidup di dunia bersuka-suka,
kadang-kadang ku terasa dunia amat indah,
pabila aku hanyut lupakan DIA,
kadang-kadang ku terasa hina,
hina menjadi manusia yang tidak punya apa,
kadang-kadang ku terfikir bolehkah aku jadi penghuni syurga,
sedangkan segala ibadah ku entah kemana,
kadang-kadang aku terfikir adakah aku layak,
layak untuk menghuni syurgaNya atau lebih layak ke neraka,
Ini semua persoalan yang kadang-kadang aku fikirkan,
sedangkan hidupku makin singkat,
mungkin dalam alpa aku akan diangkat,
diangkat bertemu tuhan,
Tuhanku Ya ALLAH.

Adakah aku layak bertemu denganNya?
Adakah aku layak menghuni syurgaNya?
Adakah masa aku di dunia terlalu singkat?
Adakah taubat ku akan diterima tuhan?

Sila muhasabah diri kita semua, moga dengan itu kita tidak akan lupa yang dunia ini hanya sementara. Disana saja kita akan setia buat selama-lamanya.

Thursday, January 15, 2009

mari dengar cerita hati ku - couples

hai, salam, hello, vanakam and all,

COUPLES!
perkataan yang selalu aku dengar sejak kebelakangan ni. Knape? ha tu yang kita tak tahu!(hahaha dah macam pelakon kat dalam cite lost and faun je) Ntah la, rasenye sebab dah banyak sangat kes dan masalah yang timbul hanya daripada satu perkataan ni. Well kalau tanya pada aku, aku rase la kebanyakan kes2 bercinta bagai nak rak ni tak kekal, tapi satu dalam seribu yang aku tengok menjadi sampai ke jingjang pelamin. Aku sebagai anak jati KL dah lali ngan sume ni, ade budak baru umur 10 tahun dah berpakwe-pakwe. Ish3, apasal la desperate sangat, wajib ke kene ade special bf ngan gf tu. Aku ni dah 18 tahun hidup tanpa bf survive je, buat ape nak ade lelaki yang kononnye special la. SPECIAL, in a way sampai die dapat rase seluruh badan gf die + kene berpegang, berpeluk kalah orang dah berkahwin tu SPECIAL sangat la. Kalau macam tu TAK PAYAH lebih baik aku sorang2, tapi nak kate sorang membohong la.

Aku ade ramai special person dalam hidup aku. Ha nak tau sapa! Jeng3

I have my parents, my sibling, my friends, my grand parents and plus I HAVE HIM (ALLAH), WHO ALWAYS RIGHT BY MY SIDE. That is more important than a SPECIAL BF THEY SAID.

Well, for those who already have a bf or gf definately they won't agree with me. But whatever it is you must make a good choice for your own bright future and your own great life. PLEASE DON'T LET THE MAN DO WHATEVER THEY WANT, DO AS THEY LIKE AND MAKING US WOMAN LOOK LIKE A PUPPET WITH NO STRING. HELLO WE ARE A HUMAN BEING WITH FEELINGS AND SHOULD BE TREAT WITH HONOUR AND RESPECT.

And please stop with all the crying for small things, contohnye: bf korang tak bagi gi lawatan ke tak bagi gi mane2 la yang korang nak, tolong2 and tolonglah jgn la menangis bagai nak tersembul mata tu. Think la diorang just your bf as is your boy friend not yet your husband, kalo korang pi pun die bleh cakap pe dah kalo parents bagi takkan dia ade hak nak cakap tidak. Sape lagi berhak ibubapa yang dah besarkan kite yang lagi berhak, KE BF YANG KORANG BARU KENAL TAK SEBERAPE TU. Cakap, cakap sikit kalo korang rase bf korang lagi berhak up to you. Its your life, do whatever you like but stay happy in it.

In my opinion what important in life is to be good, kind and nice to others. Then you will receive the same, just be good slave for Him and love Him first before start loving others. And remember His love is the mightiest love of all time and don't forget that.Cinta akan manusia belum tentu berbalas, cintailah DIA yang satu jawapannya sentiasa YA.

P.S: KEPADA SESIAPA YANG SEDANG ATAU SUDAH MELALUI CINTA BLEH BAGITAU TAK APE RASENYE BERCINTA EH? (YE LA ORG YG TAK PERNAH BERCINTA LA KATEKAN).

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.

Monday, December 1, 2008

a piece of advise...

ctnadiah
bisikan hati...

manusia semuanya sama,
tapi berbeza pada rupa,
dijadikan daripada sumber yang sama,
TANAH,
ALLAH itu maha esa,
kejadian kita adalah sebaik-baik kejadian,
manusia Dia bentukkan dengan penuh kasih dan harapan,
sebagai hamba dan penyampai agamanya yang kekal,
ISLAM,
aku hamba-NYA yang sering membuat dosa,
ku leka dibuai mimpi dunia yang sementara,
Ya ALLAH,
berikan aku petunjuk dan tarik semula aku ke jalan mu ,
teguhkan iman aku untuk tempuhi semua COBAAN ini,
agar ku bisa menjadi hamba yang engkau inginkan.
AKU CUBA,
AKU CUBA,
AKU CUBA...
AMIN.



PERSPEKTIF DUNIA PADAKU...

Bagi akula, pepatah 'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain' perlu dimansuhkan kepada 'semua manusia berbeza, tiada yang sama'. Aku faham dengan maksud pepatah tu, tapi berbalik kepada dunia realiti sekarang. Manusia punya rambut sume dah macam2 warna, kalah bulu ayam ade warna perang, warna biru yang paling terang warna PINK pun ade. Ish3 ape nak jadila kat manusia sekarang ni kenapa nak ubah kejadian dan bentuk semula jadi kita, dah secantik2 mahluk kita direka. Hish, tu la manusia tak pernah puas dengan ape yang mereka ade, mesti nak ubah. Ubah sanala, ubah sini la, sampai berbotox, plastic surgery la, bedah sana sini, hanya untuk memuaskan hati orang lain. Kita ikutkan kata orang lain dan meletakkan kuasa mengubah kepada manusia sama saja macam kita yang tak pernah lari daripada buat silap. Camne kalo orang yang mengubah tu buat silap yang kekal dan terang kelihatan pada sume orang tak ke kita yang akan merana, kalo jadi macam yang kita mahukan takpe (ALHAMDULILLAH) tapi kalo dah jadi hal lain kan susah. So nasihat aku kapada semua penghuni bumi dan alam semula jadi ciptaan-NYA, fikirkan dan renung2kan siapa kita sebenarnya. Lihat diri kita sendiri, kita dah cukup cantik, apa orang lain cakap tak penting yang paling penting apa kita fikir tentang diri kita sendiri. Dimata ALLAH kita adalah sebaik-baik hamba yang telah dia jadikan, jadi be happy with what you ARE. what the hack with others comment about you, just take it as a compliment and enjoy life to the fullest. But REMEMBER don't take it too far, you might can't come back to the right path cause life here on earth full with distraction that takes us far from HIM. Enjoy, enjoy gak tapi tanggungjawab pada Dia, ibubapa, family dan amanah yang diberi perlu dilaksanakan. JUST ENJOY AND BE GRATEFUL...

mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.