Showing posts with label PERASAAN. Show all posts
Showing posts with label PERASAAN. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Si Dia...

Kini hari demi hari aku rasa diri ini
bagai semakin jauh dari dia
kini hari demi hari aku rasa diri ini
bagai semakin tidak mengerti
kini hari demi hari aku rasa diri ini
bagai sudah tidak mengetahui

Namun aku berfikir
adakah selama ini aku sudah memahami?
adakah selama ini aku sudah cukup mengerti?
setelah lama aku berfikir
jawapannya tidak sekali

Walaupun sudah hampir 14 tahun aku hidup bersama si Dia
namun hubungan aku dengan Dia hanya bagai baru 14 purnama
atau mungkin tidak sebegitu lama

Dari kecil kelahiran Dia sesuatu yang ku nanti
kehadiran Dia menjadi penyeri hari dan hati
namun mungkin aku tidak pandai memancarkan kasih
membuatkan ia menjauhkan diri

Kini waktu aku untuknya jarang sekali aku isi
membuatkan ia pergi mencari pengganti diri
Kini aku sering berfikir
adakah masih ada ruang buat diri dalam hati
adakah masih ada waktu buat diri aku
waktu sebagai penebus masa lampau kami dahulu
waktu buat kami memahat memori baru


Ya Tuhan
ku bermohon
kau satukan hati kami berdua
ku bermohon
kau lembutkan hati si Dia
agar mungkin disekelimpas waktu
punya aku dalam hatinya
agar disekelimpas waktu
dua hati dapat bertaut semula
setelah sekian lama
dua hati itu terbelah dua...


Thursday, July 7, 2011

NADIAH BANGUN, BANGUN NADIAH!!!!

Ya ALLAH!
ALLAHU AKBAR!

Ya Allah,
Apa yang aku dah buat ni, ALLAHU AKBAR!


Ya Allah,
Kau lindungilah diri hamba mu ini dari hasutan syaitan.
Kau lingungi hati ini agar tidak mudah BIASA, agar sentiasa terpelihara dalam rahmat mu.

Aku hanya hamba mu yang lemah,
sentiasa lalai dan alpa,
sentiasa leka dengan hidup DUNIA,
hati ini bagai BIASA, BIASA hidup tanpa mengingati MU,
hati ini bagai sudah terpateri dengan DUNIA,
DUNIA yang tidak kekal lama.

Ya ALLAH,
Aku TAKUT,
aku takut hati ini melupai MU,
Aku TAKUT,
aku takut pabila SYAITAN bertahta pada HATI ini,
Aku TAKUT,
aku takut pabila tingkah ku tidak kerana MU,
Aku TAKUT,
aku takut pabila perbuatan ku hanya mengikut NAFSU,
Aku TAKUT,
aku takut hidup ku BERAKHIR dengan sia-sia,
Aku TAKUT,
aku takut hidup ku BERAKHIR tanpa keredhaan dan rahmat MU,
Aku TAKUT,
aku takut pabila IBLIS LAKNATUALLAH mula bermaharajalela dalam diri.

Ya ALLAH, ALLAHU AKBAR!
Ya ALLAH, ALLAHU AKBAR!
Ya ALLAH, ALLAHU AKBAR!


Bantulah hamba mu ini,
Bantulah AKU,
AKU MOHON PADA MU!
AKU MOHON DENGAN SANGAT!
AKU MOHON DENGAN SANGAT
AKU MOHON DENGAN SANGAT!

Wednesday, April 27, 2011

Duit, duit, duit...

Salam semua...

Sudah lebih 2 bulan aku di bumi New Zealand, masa mula2 datang rasa seronok. Pastu joli la macam2, tak pikir pun pasal duit. Main belasah je guna. Mungkin sebab baru sampai, sekarang ni rasa la sendiri. Kecut perut bila duit dah makin tipis, keluar cam air. Nak mintak duit pada keluarga, risau campur takut. Ye la, mereka juga perlukan duit untuk perkahwinan abang tunggal aku. Perkahwinan pertama dalam keluarga ku. Mesti byk pakai duit. Takpe la InsyAllah, Allah akan tetap bersama aku.

Ya Allah,
Kau tolong la hamba mu ini Ya Allah, Kau sampaikan pertolongan buat diri ku. Moga dengan izin mu akan ku dapat lalui hidup di bumi asing ini.

Amin....

Sunday, March 13, 2011

Ya Rab...

Ya Allah,
Tuhan sekalian alam,
Di kejauhan ini,
Aku bisa lupa dan alpa,
Di kejauhan ini,
sering kali aku ralit dengan keindahan dunia,
Di kejauhan ini,
aku sendiri,
Melalui hidup yang mungkin belum pasti hadir,
pada keesokkan hari.

Ya Allah,
Di kejauhan ini,
aku sering kali lalai dan leka,
Di kejauhan ini,
kitab yang kau beri tidak sering ku baca,
Di kejauhan ini,
petunjuk nabi tidak sering ku jadikan cara,
untuk ku teruskan hidup di alam yang penuh dusta.

Ya Allah,
Di kejauhan ini,
aku pinta agar Engkau sentiasa ada,
bersama ku setiap masa,
Di kejauhan ini,
aku pinta doa,
agar aku sentiasa dalam rahmat mu.
Di kejauhan ini,
aku pinta rezeki mu,
agar ku mudah dalam segala urusan.

Amin...
Ya Rabbilalamin...

Monday, June 22, 2009

just being me.

Salam and hello,

This is me Nadiah, in my new room with my new roomate. For these few days have been so hectic but fun at the same time. My journey back to my institute had been the most amazing and the journey that I will not forget for the rest of my life. I learn that life is not easy all the time, I must fight for my right and learn that not everthing that I want, I will get. Sometime someone that has more power and in control of the situation win and I need to be the loser, but its OK I know that no one is more powerful that HIM, ALLAH. He will always be with the person who is rigth and I believe that He always be with me, look after me and take cares of me for the rest of my life.

SO, ANYONE WHO HAS BEEN MISTREAT OR BEING BULLIED BY SOMEONE JUST REMEMBER THAT GOD WITH YOU.

Salam and good nite.

Thursday, May 14, 2009

tak tau nak watpe...

Salam dan hai semua...

Sekarang sudah pukul 1 pagi bertarikh 14 Mei 2009, aku pun tak tau aku nak watpe. Aku tak ngantuk lagi, tengah duk berchatting ngan mamat orang kulit hitam yang aku kenal kat dalam internet ni. Nama dia Mo, nama panjang dia aku tak tau la. Dia kate dia muslim tak tau la betul ke tak, kalau betul alhamdulillah kalau tak pun ytak salah kan aku berchatting ngan dia. Aku tau hubungan ni bahaya, yelah sekarang ni kan dah macam-macam kes dah berlaku. So aku kena la berhati-hati sikit. Ape-ape pun aku seronok berkwan dengan dia, aku bleh berborak ngan dia dan cerita pengalaman masing-masing dan lagi baik nye aku berborak ngan dia dalam bahasa English so kira berbaloi gak la berborak ngan dia. Sekurang-kurangnya aku guna jugak la bahasa inggeris, boleh aku improve cara aku bercakap. Lagi pun dia baik dan jujur aku rasa la. So, B.... Awak rasakan saya patut tak teruskan persahabatan ngan dia? Apa da.... aku ni bercakap ngan blog belum tentu ada orang nak baca blog aku. Argh... tak kisah la, janji aku bahagia.
 Berbalik kepada cerita hari aku, hari ni memang menguji kesabaran la. First thing yang berlaku aku bangun pagi, bleh pulak la takde elektrik pastu bilik aku je yang takde. Bilik org lain bahagia je, banyak kot dugaan aku. Dah la dua hari lepas gastrik sampai tak leh tido, tido bilik kawan. Kesian Amy, thanks la ye and to all yang terlibat yang turut membantu aku waktu sedang dalam kesulitan hari tu ALLAH je la yang membalasnye. Tapi semua ade hikmah nye, aku dah dapat tukar bilik dapat satu bilik ngan Mai. Best la, akui kalau boleh nak pindah malam ni gak. Tapi ape kan daya ada practice drama plak kan, so esok petang aku nak tanya Puan Laili bleh tak aku nak pindah dalam minggu ni gak. Takde la kan senang, tak yah aku pening dan tension memikir aku nak tido bilik sape malam seterus nye. Yela dah takde elektrik kat bilik aku tu, takkan aku nak bergelap sorang2 kot seram beb. Ok la tu dah lewat ni aku nak pi tido, aku tulis lagi esok key, bye. Salam and good nite. 

NADIAH.

Tuesday, May 12, 2009

DIARY

ctnadiah

SALAM AND HAI.
Dear blog,

Did you miss me? Did I forgot to write in you? Sorry about that I am not forgot, but I am busy with my assignments and my course tasks. Camping, Mock and test are over but there are still lots to settle. I still have my play, my LDS second test, the test from The Uniersities of Auckland and also don't forget my ES assignment. Only then, after finishing all that I can relaks, still you can't say relaks I need to prepare for my final examination. OH MY GOD, that exam is so important for me, it is THE EXAM that will determine whether I can go to New Zealand or not. FIUH... That is scary man, what happen if I fail I can't imagine what else I can do. I need to start it all over again, No way.... So, I need to pass. Wish me luck B, and wish that GOD will always be with me no matter what happen. I know He is. 

This is what had happen for the  past 7 days...

1. I prepare for TESOL CAMP AND WHEN HOME.
2. I baught a new laptop, MY LITTLE LAPPY.
3. On Monday, the day of the camp. 57 of us in my cohort went to Kedah and unfortunately one of our bus is late so the second group which consist of FC2 and FC3 students need to wait for 2 hours before it arrived. Its a misscommunication.
4. Then I had a fever during our jurney but I quickly had my medication and the fever when down. So, I taught the fever when down for good but the next day after we arrived and settled in the camp I had the fever again and this time it worse.
5. So, I kept eating my medication in order to keep my energy level to the maximum through out the camp actiivities. Alhamdulillah, I manage to survive the whole 5 days of the camp activities and on the fifth day all of us when home to IPTI with relieve and exausted.
6. The next day after came back from the camp, my family came to visit and to sent my lappy. We then went shopping for my little sister's new shoes " I can't stand her hidious slippers anymore" and for my new court shoes. Its was the most memorable and fun memories for me, and one more thing, we all celebrated mother's day and my big sister's birthday that night although she was not with us. I manage to get my mother a present and give my brithday wish to my sister. For me spending time with my family is the most fun and it is the thing that can always make me happy and smile.
7. Then, on Monday the next week I had gastric and food poisening. Can you believe it two time  to being sick in two consecutive weeks. But alhamdulillah, I am all better now and I am sure everything that happen must be for a reason. 

Ok thats all for now, these are breif explanations on what have happen. I see you in the next post. SEE YA, BYE BLOG.

Monday, March 30, 2009

Mock...


Hai..........
This week is a serious and one of the hectic week ever. With Mock exam, assingments and presentation preparation its a lot of works. I hope I can manage everything and able to complete it perfectly, just wish me luck. One down and three papers to go. I wish that this week will finish quickly. After Mock, assignment and ldv presantation I am free. I will go home to my family, mom just wait for me. Okay that is all for this post, write again when I have time.
Dear Nadiah.

HERBALIFE........

ctnadiah

SALAM,
Hai saya disini, lame dah tak menulis byk keje la. Hari ni aku dah langgar undang2 makan aku, dah terlebih mkn. Pastu aku call la mak aku, suara die sgt kecewa la dengar aku tak commited ngan herbalife. Ntah la aku ingatkan nak ubah care makan ni senang je, rupe2nye susah. Tapi pe2 pun aku akan cube lagi, buat sampai aku berjaya. Mak nadiah tak akan kecewa kan mak. Nadiah akan berubah demi tuk mak. Nadiah akan displinkan diri nadiah dalam pemakanan, pelajaran hanya tuk mak. Mak love you mom. sayang mak, mak lah inspirasi nadiah.

P.S: Kepada sesiapa diluar sane ade tak care camne nak jadi lebih displin dan care tuk ubah care pemakanan kepada yg lebih sihat?

Thursday, February 12, 2009

KAWAN ATAU SAHABAT...

Salam,
Hai, seperti tajuk aku sedang mencari-cari apekah perbezaan due perkataan diatas. Selalunye kite rase perkataan sahabat ngan kawan ni same je tapi sebenarnya jauh bezanye. Dulu akupun camtu, aku rase sahabat ngan kawan tu same je. Ala kawan2 yang kite dah kenal lame tu, dah macam adik-beradik, katenye lah. Tetapi sekarang lepas dah terjadi macam2 peristiwa yang memanaskan lubuk hati, baru aku sedar ape beza due perkataan ni (akhirnya). First and foremost, obviously are the spelling of these words (hahahaha, well tu ketara sgt) tapi tu tak penting. what most
important is?Aha! suspennye. OK, OK, listen! Kawan tu ramai kite bleh dapat, yelah kawan ni kat mane2 pun kite bleh jumpe. Tengah bershopping sakan, ade mamat tegur pun bleh jadi kawan. Duduk kat dalam bas nak balik kampung, berborak ngan orang kat sebelah pun bleh jadi kawan. Tapi mungkin kawan sahaje dan mungkin hanya kawan ketika kite sedang suka, memang ramai tapi kawan masa susah. oooooooooo, satu dalam sejuta dan yang sedihnye aku blum jumpe lagi kawan camtu.

Manakala, sahabat adalah mereka yang kite bleh percaya, kite bleh kongsi suke dan duke kite ngan diorang. Ala sebagai contoh cam cite HANAKIMI;

camne Ashiya sanggup wat macam2 bukan hanya untuk menebus rase bersalahnye tapi untuk membantu Sano berjaya dalam karier die semula. Pastu yang agi bestnye kawan2 satu sekolah diorang walaupun gile2 dan mereng skit asyik wat bende2 gile2 diorang tu. Tapi diorang masih tetap bersatu dalam ape jue perkara sekalipun dan sanggup membantu demi sahabat mereka. Itulah talian persahabatan yang aku cari sampai ke hari ini dan ia masih menjadi tanda tanya dalam diriku. Tambahan pula selepas bermacam2 peristiwa yang aku dah lalui sepanjang hidup dan yang latest dekat IPTI ni (Institut Perguruan Temenggong Ibrahim) meluaskan lagi pengalaman aku dan mematang aku. Only now I know how hard to find a true friends, they would not come easilly. Although its hard, I know I always has ONE PLACE TO TELL ALL MY PROBLEM. ONLY HIM KNOW WHAT I FEEL, HOW I FEEL AND NO ONE KNOWS BEST THAN HIM (ALLAH SUBHANAHUWATAALA). WITH HIM ALWAYS BY MY SIDE, I WILL NEVER BE LONELY.

THINK ABOUT IT, DO YOU HAVE A FRIEND OR A SAHABAT.

Tuesday, February 10, 2009

HOW DO I FEEL RIGHT NOW!


Salam,

Kenape manusia sering suke untuk memandang seseorang hanya pade rupa? Hai, ntah lah kenape aku rase down sangat. Kekadang aku rase bengang pun ade, marah lagi selalu. Aku ngan org2 seperti aku (A.K.A bersaiz xL, XXL, XXXL) ataupun mereka yang chubby cam aku ni selalu di pandang rendah dan selalu mereka yang cantik, tinggi lampai, badan slim melim ( lawa ke dah cam tiang je aku tgk, sekeping je- No offence kepade sesiapa yg terasa) akan mengetuai atau menjadi SUPERIOR dalam ape2 keadaan sekalipun lah. Jadi golongan kami ni nak jadi ape, tunngul kayu ke tak dapat nak bersuara langsung selalu diketepikan dan pendapat kami sering diendahkan dan dipendang remeh. Apahal ni, ni disriminasi, nak gaduh ke. Kalau tak caye tanya la sape2 yang tergolong dalam ketegori aku ni, pasti jawapannye adalah YES.

KENAPE, MENGAPE AND WHY semua ATTITUDE masih ade dalam diri manusia zaman alaf 21 ni, patut dalam zaman yang serba canggih ni manusia lebih ramah, sopan santun, hormat-menghormati tapi lain yang jadi. Makin nak bermusuhan, nak tikam-menikam, nak meredah-rendahkan orang lain. Hish ni buat aku PANAS ni, tak bleh ke hidup aman damai. Senang la sikit hidup kite ni, ni tidak bermusuhan sesame sendiri pastu siap berpuak-puak plak (ingat zaman dulu je yang ade puak, sekarang lagi banyak rupenye). Selalunye kaum wanita yang terkenal ngan sikap ni, pergi lah kat mane2 pun daripada sekolah rendah sampai ke university even tadika pun budak2 ni dah pandai nak ade geng masing2. Ni sekarang ni ade geng saiz S ngan saiz XL plak, oooooo camtu eh nak berkawan kene tgk rupe ngan saiz badan dulu plak. Camne kalau org yang ko pilih konon kate kawan tu, pilih ikut saiz tu, konon2 same saiz samelah perangai. Ngok lah kalau camtu, setiap manusia ade 1001 PE'EL atau ragam masing2. PEREMPUAN lagi lah, hai apelah nak jadi dunia ni.

Ape2 pun, aku nak saran semua orang supaya lihatlah seseorang melalui mate hati jangan ikut nafsu, emosi, kecantikan dan perasaan je. Belum tentu org yg kite pilih sesuai buat diri kite, dengar kate hati anda dan teliti dalam2 seseorang itu sebelum mahu berkawan. Tetapi janganlah kite memilih sgt plak, berkawan ngan sume orang pasti kite akan senang dan sisenangi oleh setiap org yang kite kenali. ISLAM juge menyuruh kite menjaga silaturahim sesama manusia.

BOTTOM LINE : BEAUTY IS WHAT INSIDE YOU RATHER THAN OUTSIDE.

mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.