Friday, October 28, 2011

Si Dia...

Kini hari demi hari aku rasa diri ini
bagai semakin jauh dari dia
kini hari demi hari aku rasa diri ini
bagai semakin tidak mengerti
kini hari demi hari aku rasa diri ini
bagai sudah tidak mengetahui

Namun aku berfikir
adakah selama ini aku sudah memahami?
adakah selama ini aku sudah cukup mengerti?
setelah lama aku berfikir
jawapannya tidak sekali

Walaupun sudah hampir 14 tahun aku hidup bersama si Dia
namun hubungan aku dengan Dia hanya bagai baru 14 purnama
atau mungkin tidak sebegitu lama

Dari kecil kelahiran Dia sesuatu yang ku nanti
kehadiran Dia menjadi penyeri hari dan hati
namun mungkin aku tidak pandai memancarkan kasih
membuatkan ia menjauhkan diri

Kini waktu aku untuknya jarang sekali aku isi
membuatkan ia pergi mencari pengganti diri
Kini aku sering berfikir
adakah masih ada ruang buat diri dalam hati
adakah masih ada waktu buat diri aku
waktu sebagai penebus masa lampau kami dahulu
waktu buat kami memahat memori baru


Ya Tuhan
ku bermohon
kau satukan hati kami berdua
ku bermohon
kau lembutkan hati si Dia
agar mungkin disekelimpas waktu
punya aku dalam hatinya
agar disekelimpas waktu
dua hati dapat bertaut semula
setelah sekian lama
dua hati itu terbelah dua...


Thursday, July 7, 2011

NADIAH BANGUN, BANGUN NADIAH!!!!

Ya ALLAH!
ALLAHU AKBAR!

Ya Allah,
Apa yang aku dah buat ni, ALLAHU AKBAR!


Ya Allah,
Kau lindungilah diri hamba mu ini dari hasutan syaitan.
Kau lingungi hati ini agar tidak mudah BIASA, agar sentiasa terpelihara dalam rahmat mu.

Aku hanya hamba mu yang lemah,
sentiasa lalai dan alpa,
sentiasa leka dengan hidup DUNIA,
hati ini bagai BIASA, BIASA hidup tanpa mengingati MU,
hati ini bagai sudah terpateri dengan DUNIA,
DUNIA yang tidak kekal lama.

Ya ALLAH,
Aku TAKUT,
aku takut hati ini melupai MU,
Aku TAKUT,
aku takut pabila SYAITAN bertahta pada HATI ini,
Aku TAKUT,
aku takut pabila tingkah ku tidak kerana MU,
Aku TAKUT,
aku takut pabila perbuatan ku hanya mengikut NAFSU,
Aku TAKUT,
aku takut hidup ku BERAKHIR dengan sia-sia,
Aku TAKUT,
aku takut hidup ku BERAKHIR tanpa keredhaan dan rahmat MU,
Aku TAKUT,
aku takut pabila IBLIS LAKNATUALLAH mula bermaharajalela dalam diri.

Ya ALLAH, ALLAHU AKBAR!
Ya ALLAH, ALLAHU AKBAR!
Ya ALLAH, ALLAHU AKBAR!


Bantulah hamba mu ini,
Bantulah AKU,
AKU MOHON PADA MU!
AKU MOHON DENGAN SANGAT!
AKU MOHON DENGAN SANGAT
AKU MOHON DENGAN SANGAT!

Thursday, May 19, 2011

MANUSIA PELIK!

Manusia pelik!

sering mahu rasa diri hebat, bagus,
boleh hidup tanpa orang lain,
boleh berdiri diatas kaki sendiri,
namun kebenarannya,
jauh dari yang asli.

aku juga begitu!

Manusia pelik!

sering mahu menunjuk kebolehan masing-masing,
mahu berdengki sesama sendiri,
mahu lebih baik dari orang lain,
namun kebenarannya,
jauh dari yang asli.

aku juga begitu!

Manusia pelik!

sering katakan aku tak perlukan bantuan,
sering hidung tinggi bagai langit,
sering mendongak muka,
tanpa sedar untuk sentiasa tunduk ke tanah,
sering mahu hidup bebas,
katakan DUNIA INI AKU YANG PUNYA!
tidak sedar yang ianya sentiasa milik DIA!

aku juga begitu!

Ehm, memang manusia pelik!

sering berkata jauh dari yang asli,
itulah ketentuan illahi dan resam hidup ini,
tiada siapa sempurna dalam setiap inci,
kita hanya perlu bersyukur masih diberi masa
untuk kita berubah tanpa perlu dicari.


Wednesday, April 27, 2011

Duit, duit, duit...

Salam semua...

Sudah lebih 2 bulan aku di bumi New Zealand, masa mula2 datang rasa seronok. Pastu joli la macam2, tak pikir pun pasal duit. Main belasah je guna. Mungkin sebab baru sampai, sekarang ni rasa la sendiri. Kecut perut bila duit dah makin tipis, keluar cam air. Nak mintak duit pada keluarga, risau campur takut. Ye la, mereka juga perlukan duit untuk perkahwinan abang tunggal aku. Perkahwinan pertama dalam keluarga ku. Mesti byk pakai duit. Takpe la InsyAllah, Allah akan tetap bersama aku.

Ya Allah,
Kau tolong la hamba mu ini Ya Allah, Kau sampaikan pertolongan buat diri ku. Moga dengan izin mu akan ku dapat lalui hidup di bumi asing ini.

Amin....

Sunday, March 13, 2011

Ya Rab...

Ya Allah,
Tuhan sekalian alam,
Di kejauhan ini,
Aku bisa lupa dan alpa,
Di kejauhan ini,
sering kali aku ralit dengan keindahan dunia,
Di kejauhan ini,
aku sendiri,
Melalui hidup yang mungkin belum pasti hadir,
pada keesokkan hari.

Ya Allah,
Di kejauhan ini,
aku sering kali lalai dan leka,
Di kejauhan ini,
kitab yang kau beri tidak sering ku baca,
Di kejauhan ini,
petunjuk nabi tidak sering ku jadikan cara,
untuk ku teruskan hidup di alam yang penuh dusta.

Ya Allah,
Di kejauhan ini,
aku pinta agar Engkau sentiasa ada,
bersama ku setiap masa,
Di kejauhan ini,
aku pinta doa,
agar aku sentiasa dalam rahmat mu.
Di kejauhan ini,
aku pinta rezeki mu,
agar ku mudah dalam segala urusan.

Amin...
Ya Rabbilalamin...

Monday, March 7, 2011

Auckland...

Alhamdulillah, Maha suci Allah tuhan sekalian alam.

Akhirnya setelah 2 tahun setengah aku menunggu, sekarang baru aku dapat menjejakkan kaki di bumi New Zealand. Sekarang baru 2 minggu aku disini, tapi walaupun hanya baru 2 minggu aku dah rasa bagai 2 tahun la pulak. Teringat sudah kat tanah air tercinta. Rupanye, betullah kata pepatah melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Rasa aku best lagi kot hujan batu, kalau terkena pun ada tempat tuk bergantung.

Di Auckland, aku rasa sendiri, macam bebas. Tapi sebenarnya dalam bebas2 pun, kena la pandai, takut tersesat jalan. Kat sini budayanya lain, cara hidup orang sini semuanya mudah dan ringkas. Mereka hidup tanpa batasan. Hidup mereka nampak bagai mudah je, senang hati je selalu mamat ngan minah mat saleh kat sini. Malam Jumaat, PARTY! Pastu mabuk tak sudah. Buat menyusahkan orang. Mula2 aku rasa takut and menyampah. Tapi selepas 2 minggu dah rasa lali. Rasa macam dah terbiasa dah. Cuma kena jugak hati-hati sebab kalau dah dalam pengaruh alkohol mana hujung pangkal pun tak tau.

Tapi sebetulnya aku simpati dengan hidup diorang kat sini. Walaupun mereka nampak je selalu happy, namun bagi aku mereka dalam kekosongan. Bagai ada lubang besar kat dada mereka yang mereka tak tau bagaimana nak tutup. Tu yang aleh2 mesti pergi clubbing tuk isi kekosongan tu. Kesian aku kat diorang, InsyAllah aku berdoa moga hidayah ALLAH akan sampai pada mereka. Supaya mereka dapat melihat jalan yang lurus dan mengisi kekosongan di hati. InsyALLAH.

OK, sampai sini je ye. Dah malam ni, saya mahu baca nota.

Selamat malam.

Saturday, April 24, 2010

SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH.

SEGALA PUJI BAGI MU YA ALLAH,

Aku hanyalah hamba mu yang lemah, setiap masa aku memerlukan pertolongan mu. Ternyata janji mu agar sentiasa rapat disamping aku tidak pernah kau mungkiri, acap kali kau membantu ku di saat aku amat memerlukan pertolongan. Kau datangkan bantuan mu dalam segala macam keadaan dan melalui hamba2 mu yang engkau inginkan.

Hari ini sekali lagi bantuan mu sampai, aku amat bersyukur pada mu Ya Allah. Alhamdulillah, di tengah-tengah kekusutan dan kesesakan orang yang ramai di Danga Bay kau masih sempat untuk melihat dan mendengar doa hamba mu yang kerdil ini. Walaupun pada mata orang lain peristiwa ini dianggap remeh ataupun hanya kerana aku bernasib baik tetapi pada ku ini semua rahmat dan bantuan daripada mu Ya Allah.

Sedang aku dan rakan ku Farah dalam kekusutan tertinjau-tinjau mencari teksi yang tidak kelihatan dari tadi, tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berumur dalam lingkungan awal 40'an. Beliau mengajak kami berdua menaiki kereta Waja kepunyaannya. Pada mulanya, kami berdua agak ragu-ragu dan curiga dengan pelawakan lelaki tersebut namun setelah dipujuk beberapa kali dan kerena hari sudah senja kami berdua terus masuk kedalam kereta lelaki ajnabi tersebut. Perasaan kami berdua yang takut berbaur curiga hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, kecurigaan kami meleset kerana ternyata lelaki tersebut adalah seorang lelaki yang baik. Beliau adalah seorang doktor, Dr. Razali nama nya. Lelaki yang lucu dan senang untuk dikenali. Beliau memang seorang lelaki yang bertanggungjawab, walaupun aku tahu hati budi seseorang itu sukar untuk dinilai walau selama mana dia telah kita kenali tetapi itulah tanggapan pertama aku terhadap beliau.

Apa-apa pun aku berasa amat bersyukur kerana walaupun doa ku itu hanyalah percakapan yang bersahaja, tetapi Allah masih mendengar dan memakbulkan nya. Alhamdulillah...

Oleh itu, aku menyeru kepada sekalian umat Islam agar sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun doa itu kelihatan agak lucu atau tidak penting pada mata orang lain, namun percayalah Allah sentiasa mendengar doa hamba-hamba Nya yang soleh serta yang sedang dalam kesulitan.

Subhanallah, terima kasih Ya Allah.

mengenal diri AKU

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Siti Nadiah Bakar nama diberi yang bermaksud Puteri Pemurah Yang Bersegera. Anak ketiga dari 4 beradik, seorang yang suka akan kanak-kanak. Sangat meminati musik dan bercita-cita untuk menggunakan bakat yang ada dengan sebaiknya. Sayang sangat pada keluarganya.